SUKMA 2026: Nur Sufia juara judo bawah 44kg

SUKMA 2026: Nur Sufia juara judo bawah 44kg

NUR Sufia Arisha Mohamed Rasidi merangkul pingat emas kategori bawah 44 kilogram (kg) wanita SUKMA 2026.-IHSAN MSNS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Atlet judo wanita Selangor, Nur Sufia Arisha Mohamed Rasidi merangkul pingat emas kategori bawah 44 kilogram (kg) pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), hari ini.

Pada aksi final, Nur Sufia mempamerkan persembahan meyakinkan untuk menewaskan wakil Terengganu, Nur Fasha Zazali untuk muncul juara dalam kategori berkenaan.

Atlet Selangor itu tampil penuh keyakinan sepanjang pertarungan apabila berjaya mengawal rentak perlawanan dan memanfaatkan peluang untuk mengutip mata penting.

Memuatkan artikel berkaitan…

Nur Sufia merekodkan satu Ippon, satu Waza-ari dan dua Yuko bagi mengatasi cabaran Nur Fasha sebelum menamatkan pertarungan dengan kemenangan bergaya.

Perlawanan akhir tersebut berlangsung selama 2 minit 58 saat sebelum Nur Sufia mengesahkan kemenangan sekali gus melengkapkan kempen cemerlangnya dalam kategori bawah 44kg.

Kejayaan itu membuktikan konsistensi dipamerkan atlet berkenaan sepanjang pertandingan selepas berjaya melepasi setiap halangan untuk mara ke pentas final sebelum menutup saingan dengan pingat emas.

Pingat emas diraih Nur Sufia turut menambah koleksi kejayaan kontinjen Selangor dalam usaha memburu gelaran juara keseluruhan temasya kali ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN