Pemanis dalam jem, ubat gigi dikaitkan dengan risiko strok

Pemanis dalam jem, ubat gigi dikaitkan dengan risiko strok

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUNICH: Pemanis yang banyak digunakan dalam produk seperti gula-gula getah, ubat gigi, jem, yogurt dan aiskrim dikaitkan dengan peningkatan risiko strok, serangan jantung serta kematian.

Xylitol adalah sejenis gula alkohol yang secara semula jadi terdapat dalam sesetengah makanan pada kadar sangat rendah. Ia turut digunakan sebagai pemanis tambahan dalam makanan, minuman dan produk penjagaan mulut, dengan jumlah penggunaannya boleh mencecah 1,000 kali lebih tinggi.

Walaupun penggunaannya semakin meluas, kesan jangka panjang xylitol terhadap kesihatan masih belum dikaji secara menyeluruh.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam kajian terbesar seumpamanya, penyelidik mendapati individu dengan paras xylitol tinggi dalam darah mempunyai risiko lebih tinggi mengalami kejadian kardiovaskular buruk.

Dapatan kajian itu dibentangkan di Munich pada kongres tahunan Persatuan Kardiologi Eropah (ESC), persidangan jantung terbesar di dunia.

Penyelidik menganalisis 17,710 individu dan membandingkan 25 peratus yang mempunyai paras xylitol tertinggi dalam darah dengan 25 peratus yang mempunyai paras terendah.

Mereka yang mempunyai paras xylitol tertinggi didapati 57 peratus lebih berkemungkinan meninggal dunia atau mengalami serangan jantung dan strok berbanding kumpulan dengan paras terendah dalam tempoh enam tahun.

Malah, selepas 30 tahun, kumpulan dengan paras xylitol tertinggi masih mempunyai risiko 18 peratus lebih tinggi untuk mengalami salah satu daripada kejadian kardiovaskular berkenaan.

Apabila data daripada kumpulan pertengahan turut dianalisis, hasil kedua-dua kohort menunjukkan hubungan bergantung kepada dos, iaitu semakin tinggi paras xylitol dalam darah, semakin tinggi kadar kejadian kardiovaskular.

Penyelidik turut mendapati peningkatan kejadian kardiovaskular yang konsisten berkaitan paras xylitol tanpa mengira ciri asas seperti usia dan jantina.

Mereka juga menegaskan hubungan itu tidak dipengaruhi faktor asas seperti indeks jisim badan (BMI), tekanan darah tinggi, diabetes dan paras lipid, yang mungkin menyebabkan seseorang lebih cenderung memilih produk rendah kalori.

Penulis kajian, Dr Marco Witkowski dari hospital universiti Charité di Berlin, berkata dapatan itu mengukuhkan hasil kajian terdahulu yang menimbulkan kebimbangan mengenai penggunaan xylitol.

“Dalam kajian terdahulu, kami mendapati xylitol boleh meningkatkan keupayaan platelet untuk membentuk darah beku.

“Pemanis tiruan digunakan oleh mereka yang menganggapnya lebih sihat berbanding gula dan secara umumnya dianggap selamat oleh agensi kawal selia,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini