Nepal arah penduduk pindah selepas empangan di Tibet pecah

Nepal arah penduduk pindah selepas empangan di Tibet pecah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KATHMANDU: Nepal hari ini mengeluarkan amaran kepada penduduk supaya berpindah ke kawasan lebih tinggi selepas sebuah empangan di hulu sungai di Tibet dilaporkan pecah, dua hari selepas runtuhan glasier mencetuskan banjir dahsyat.

Polis Nepal dalam kenyataan memaklumkan, pihak berkuasa menerima laporan mengenai kejadian empangan pecah di kawasan Tibet.

“Semua anggota keselamatan, pasukan penyelamat dan orang awam yang terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat serta bantuan diminta supaya terus berwaspada dan segera berpindah ke lokasi selamat,” menurut kenyataan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mereka turut diminta melaporkan sebarang perkembangan berkaitan kejadian berkenaan kepada pihak berkuasa.

Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata bencana pada Rabu, yang dianggap paling dahsyat melanda Nepal sejak gempa bumi 2015, berpunca daripada runtuhan glasier yang mencetuskan aliran serpihan berais yang besar

China pula menghentikan sementara operasi menyelamat di kawasan paling teruk terjejas di Tibet susulan peningkatan risiko banjir, menurut media kerajaan.

Penyiar negara China, CCTV, melaporkan sebuah tasik yang terbentuk akibat timbunan serpihan yang besar selepas tanah runtuh di sempadan China-Nepal mula melimpah ke arah kawasan sempadan Gyirong, yang menjadi tumpuan pasukan penyelamat.

Jurucakap agensi bencana Nepal, Shanti Mahat, berkata peningkatan awal paras air telah dikesan.

“Maklumat diterima aliran air berlumpur meningkat sedikit di kawasan sama yang dilanda banjir besar sebelum ini, di Sungai Bhote Koshi, Rasuwa, dan terdapat risiko banjir susulan.

“Sehubungan itu, semua pihak yang terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat serta bantuan di sepanjang tebing Sungai Bhote Koshi dan Trishuli, termasuk mereka yang berada di kawasan berisiko atas pelbagai faktor, diminta supaya meningkatkan kewaspadaan dan segera berpindah ke lokasi selamat sekiranya melihat sebarang tanda bahaya,” katanya.- AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini