Kebakaran lalang seluas 29 hektar berhampiran Sebana Cove - Utusan Malaysia

Kebakaran lalang seluas 29 hektar berhampiran Sebana Cove

ANGGOTA bomba menjalankan operasi memadam kebakaran di Jalan Bypass Punggai-Sebana Cove, Kota Tinggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Sekitar kira-kira 29 hektar kawasan lalang di Jalan Bypass Punggai-Sebana Cove di sini terbakar susulan cuaca panas, tengah hari tadi.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I Noor Ikhson Shukor dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sebana Cove berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan pada pukul 11.25 tengah hari.

Sehubungan itu, seramai 12 anggota dibantu dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke lokasi yang terletak kira-kira tujuh kilometer dari balai.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian mendapati benar berlaku kebakaran lalang berkeluasan 29 hektar.

“PKO bertindak memadamkan kebakaran dan operasi pemadaman masih dijalankan sehingga kini,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini