Hoki para negara raih gangsa Piala Dunia

Hoki para negara raih gangsa Piala Dunia

Skuad hoki para negara merangkul gangsa pada penampilan mereka di Piala Dunia Para baru-baru ini. - Ihsan Facebook Hoki Para Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad hoki para negara mencipta sensasi apabila menamatkan kempen Piala Dunia Hoki Para 2026 di tempat ketiga selepas menewaskan tuan rumah Belgium 3-1 dalam aksi penentuan tempat ketiga.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kejohanan yang berlangsung di Belgium dan Belanda itu melabuhkan tirainya Isnin lalu dengan Itali dinobatkan sebagai juara selepas menundukkan Sepanyol 5-4 dalam aksi final.

Kejayaan meraih gangsa itu cukup bermakna buat skuad negara memandangkan itu merupakan kejohanan Piala Dunia Hoki Para yang pertama kali dianjurkan.

Penolong Ketua Delegasi Malaysia, R. Shanker berkata, pencapaian tersebut membuktikan pemain negara mampu bersaing dengan pasukan terbaik dunia apabila diberikan peluang beraksi di pentas tertinggi.

“Pingat gangsa ini bukan sekadar satu kemenangan, malah detik bersejarah yang membuktikan pemain kita mampu bersaing dengan pasukan terbaik dunia.

“Mereka menunjukkan keberanian, disiplin dan semangat juang yang tinggi sepanjang kejohanan

“Saya berharap kejayaan ini akan menjadi titik permulaan kepada perjalanan lebih besar buat skuad hoki para Malaysia pada masa hadapan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN