Jurulatih Murat Yakin berang, VAR musnahkan impian Switzerland

Jurulatih Murat Yakin berang, VAR musnahkan impian Switzerland

PENYERANG Switzerland, Breel Embolo meninggalkan padang selepas dilayangkan kad merah pada aksi suku akhir Piala Dunia 2026 menentang Argentina di Stadium Arrowhead, Kansas City.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANSAS CITY: Jurulatih Switzerland, Murat Yakin menyifatkan campir tangan Video Bantuan Pengadil (VAR) yang membawa kepada kad merah Breel Embolo sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima selepas pasukannya tewas 1-3 kepada Argentina dalam aksi suku akhir Piala Dunia 2026, semalam.

Embolo diperintahkan keluar padang pada minit ke-72 selepas menerima kad kuning kedua atas kesalahan melakukan simulasi, sekali gus mengubah corak permainan ketika Switzerland sedang menguasai perlawanan.

“Tiada sebab langsung untuk dia dilayangkan kad kuning. Ia hanya situasi biasa dan pengadil sepatutnya membiarkan permainan diteruskan.

“Kami dihukum disebabkan satu peraturan yang saya langsung tidak faham. Keputusan itu sangat menyakitkan dan tiada kaitan dengan semangat bola sepak. Ia memusnahkan permainan kami hari ini,” katanya.

Switzerland sebelum itu bangkit menyamakan kedudukan menerusi Dan Ndoye selepas Alexis Mac Allister meletakkan Argentina di depan, namun terpaksa bertahan dengan 10 pemain sehingga Julian Alvarez menjaringkan gol pada minit ke-112 sebelum Lautaro Martinez melengkapkan kemenangan lawan.

Yakin berkata, anak buahnya sebenarnya mula menguasai permainan selepas berjaya menyamakan kedudukan dan percaya mereka berada di landasan tepat untuk melakar kejutan ke atas juara bertahan dunia itu.

“Saya mahu memuji seluruh pasukan kerana kami bangkit menentang juara dunia dan ketika itu kami sedang mengawal rentak permainan.

“Pemain-pemain saya adalah wira sebenar. Mereka berjuang habis-habisan, tetapi keputusan pengadil telah mengubah segala-galanya,” katanya.

Untuk rekod, kekalahan itu menamatkan kemaraan terbaik Switzerland di Piala Dunia sejak 1954 yang mara ke suku akhir.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN