Tunku Mahkota Ismail titah exco pikul tanggungjawab penuh integriti, dedikasi - Utusan Malaysia

Tunku Mahkota Ismail titah exco pikul tanggungjawab penuh integriti, dedikasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bertitah agar semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor (exco) yang baharu dilantik agar menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi, integriti serta keikhlasan.

Baginda bertitah, setiap dasar dan keputusan yang dibuat perlu berteraskan kepentingan rakyat sekaligus memberikan manfaat kepada negeri secara keseluruhannya.

“Semua exco berkenaan perlu sentiasa turun padang bagi memahami keperluan masyarakat serta memastikan penyampaian perkhidmatan kerajaan dilaksana secara cekap, berkesan dan berintegriti,” titahnya.

Terdahulu, Tunku Mahkota Ismail berangkat ke Majlis Istiadat Pelantikan dan Angkat Sumpah Taat Setia Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene, di sini hari ini.

Majlis istiadat itu turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi; Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Dr. Rahim Ramli dan Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Mohammed Ridha Abd Kadir.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN