Syukur dia berjaya 10A, tapi untuk C dan D itu saya salahkan diri - Fasha Sandha - Utusan Malaysia

Syukur dia berjaya 10A, tapi untuk C dan D itu saya salahkan diri – Fasha Sandha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Meskipun bangga anak peroleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan, pelakon, Fasha Sandha ralat kurang memberikan perhatian terhadap pelajaran puteri kesayangannya, Putri Raysha Jemyma.

Menurut Fasha, dia bersyukur anaknya yang berusia 11 tahun itu memperoleh 10A dalam peperiksaan, namun dia memilih untuk menyalahkan dirinya apabila Jemyma tidak berjaya menguasai dua mata pelajaran.

“Saya bersyukur dia berjaya 10A. Tetapi untuk C dan D itu, saya salahkan diri sebab tidak dapat teman, ajar dan fokus teman dia.

“Syabas anak-anak ibu, penggal selepas ini kita buat yang lebih pandai. Ibu bangga dengan semua anak-anak ibu. Anak saya 11 tahun (dalam darjah 6),” katanya menerusi sebuah hantaran di Threads.

Fasha yang turut memaparkan keputusan penuh kad laporan pelajaran Jemyma menerusi hantaran tersebut bagaimanapun mengakui kesibukan bekerja membuatkan dirinya kurang tegas dalam perihal pembelajaran anak-anak.

“Saya salahkan kesibukan saya. Memang tidak dapat hendak ‘menyinga’ (tegas) sangat. Balik kerja saja saya jadi kucing parsi (baik) sebab lama tidak jumpa kerana sibuk di set.

“Takkan mahu menyinga dalam masa yang singkat, kadang-kadang jadi singa ini bagus untuk pelajaran anak-anak bukan?,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji cara pelakon drama Doa Yang Terlindung itu mengendalikan emosinya dari menyalahkan anak-anak memperolehi keputusan peperiksaan yang kurang memuaskan.

“Suka gila cara Fasha! Langsung tidak salahkan anak,” komen netizen.

“Sama kalau keputusan anak tidak okey memang salahkan dr sebab sibuk. Apa pun tahniah Jemyma,” komen seorang lagi netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN