Sindiket RTK: Pegawai terlibat hanya dikenakan tindakan dalaman, sita harta

Sindiket RTK: Pegawai terlibat hanya dikenakan tindakan dalaman, sita harta

AZALINA OTHMAN SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bahagian Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memutuskan supaya tindakan dalaman dikenakan terhadap pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS)/Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang terlibat dalam siasatan sindiket Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan input rasmi yang diterima daripada Jabatan Peguam Negara dan SPRM.

“Bahagian Pendakwaan SPRM telah memutuskan agar tindakan dalaman diambil terhadap pegawai-pegawai AKPS/Jabatan Imigresen Malaysia yang terlibat dalam siasatan sindiket RTK, manakala harta yang telah disita dalam siasatan tersebut dilucuthakkan kepada hasil kerajaan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) yang meminta kerajaan menjelaskan secara terperinci keputusan Jabatan Peguam Negara untuk tidak meneruskan pendakwaan berhubung siasatan sindiket Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN