Portugal mahu tebus maruah, Croatia sedia ulangi magis

Portugal mahu tebus maruah, Croatia sedia ulangi magis

SKUAD Portugal menjalani latihan menjelang aksi pusingan 32 terbaik menentang Croatia di Stadium Toronto, esok-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HOUSTON: Portugal perlu membuktikan kemampuan sebenar ketika berdepan Croatia dalam aksi pusingan 32 terbaik Piala Dunia 2026, esok, selepas dikritik susulan aksi hambar di peringkat kumpulan.

Pertembungan itu dijangka menjadi pentas istimewa buat dua legenda bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo dan Luka Modric yang masing-masing berusia 41 dan 40 tahun, dalam usaha memburu impian menjulang trofi Piala Dunia yang masih belum pernah dimenangi sepanjang karier mereka.

Skuad bimbingan Roberto Martinez hadir ke perlawanan itu dengan harapan dapat memperbaiki persembahan selepas sekadar menamatkan saingan peringkat kumpulan sebagai naib juara.

Pada kempen kali ini, Ronaldo terus menjadi sasaran kritikan kerana dikatakan kurang memberi impak terutama dari aspek membantu pertahanan.

Bagaimanapun, rakan sepasukannya, Joao Felix menegaskan skuad Portugal tidak terjejas dengan segala kritikan yang dilemparkan kepada pasukan.

“Jika ada perubahan yang perlu dibuat, itu adalah keputusan jurulatih. Dialah yang akan membuat penilaian dan menentukan kesebelasan utama.

“Kami tidak perlu menghiraukan segala komen atau pandangan di luar. Apa yang penting ialah melaksanakan perancangan jurulatih sebaik mungkin,” katanya.

Portugal dijangka terus mempertaruhkan barisan pemain berkualiti seperti Vitinha, Joao Neves dan Nuno Mendes bagi memastikan mereka tidak tersingkir lebih awal.

Dalam pada itu, Croatia sekali lagi membuktikan reputasi sebagai pasukan yang sering bangkit pada saat genting.

Selepas tewas 2-4 kepada England dan sekadar menang tipis 1-0 ke atas Panama, Croatia memastikan tempat ke pusingan kalah mati hasil kemenangan 2-1 ke atas Ghana dengan Modric memainkan peranan penting mengemudi bahagian tengah.

Pemain Croatia, Nikola Vlasic percaya perlawanan menentang Portugal bakal ditentukan oleh kesilapan kecil dan disiplin sepanjang 90 minit permainan.

“Portugal memiliki ramai pemain bertaraf dunia di setiap posisi. Kami membuat persiapan sebaik mungkin kerana mereka adalah lawan yang sangat berbahaya.

“Namun kami saling menghormati antara satu sama lain dan saya percaya perincian kecil akan menentukan siapa yang muncul pemenang,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN