Olise pecah rekod Pele

Olise pecah rekod Pele

MICHAEL Olise-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIAMI: Michael Olise mengukir namanya dalam sejarah Piala Dunia apabila memadam rekod bantuan gol yang bertahan selama 56 tahun milik legenda Brazil, Pele.

Pemain sayap Perancis itu mencatatkan bantuan gol ketujuh ketika Perancis tewas 4-6 kepada England, sekali gus muncul pemain dengan bantuan gol terbanyak dalam satu edisi.

Rekod tersebut mengatasi pencapaian enam bantuan gol yang dilakukan Pelé ketika membawa Brazil muncul juara dunia pada edisi 1970 di Mexico, satu rekod yang sekian lama dianggap hampir mustahil untuk dipecahkan.

Aksi cemerlang Olise sepanjang kempen di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico turut meletakkannya sebagai nadi utama jentera serangan Perancis yang tampil antara pasukan paling konsisten dalam kejohanan kali ini.

Ketajaman visi, hantaran tepat serta persefahaman luar biasa bersama Mbappe menjadi senjata utama Les Bleus, dengan kedua-duanya membentuk gandingan yang sering menjadi senjata utama merobek benteng lawan.

Namun, untuk rekod bantuan gol sepanjang sejarah Piala Dunia, Olise masih mempunyai tugas yang lebih besar apabila ketinggalan lima bantuan gol di belakang legenda Argentina, Lionel Messi.

Dengan usianya yang dijangka mencecah 28 tahun menjelang Piala Dunia 2030, pemain Bayern Munich itu dilihat masih memiliki ruang luas untuk memburu satu lagi rekod bersejarah.

Dalam masa sama, keserasian Olise dan Kylian Mbappe terus menjadi bualan hangat peminat bola sepak Eropah apabila timbul spekulasi kedua-duanya berpotensi bergandingan di Real Madrid pada masa depan, sekali gus menjanjikan kombinasi yang mampu menggegarkan pentas bola sepak dunia.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN