Mbappe akui Olise ubah corak serangan Les Bleus

Mbappe akui Olise ubah corak serangan Les Bleus

Michael Olise diasak pemain tengah Sweden, Yasin Ayari dalam aksi pusingan 32 terbaik Piala Dunia 2026, semalam.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW JERSEY: Reputasi Perancis sebagai pasukan pilihan Piala Dunia kali ini bukan sahaja disokong oleh ketajaman penyudah kapten mereka, Kylian Mbappe, malah kreativiti luar biasa Michael Olise juga menjadi watak penting buat Les Bleus.

Kehadiran Olise memberi dimensi baharu kepada jentera serangan Perancis yang kini tampil lebih berani menyerang dan jauh lebih menghiburkan. 

Selepas bertahun-tahun mengutamakan pendekatan pragmatik, jurulatih Didier Deschamps dilihat mula membuka ruang kepada bakat-bakat menyerangnya untuk berkarya, sekali gus mengubah Perancis menjadi antara pasukan paling digeruni dalam kejohanan kali ini.

Perubahan itu semakin jelas ketika Les Bleus membenam Sweden 3-0 di Stadium MetLife, New Jersey, semalam bagi memastikan kemaraan ke pusingan 16 terbaik menentang Paraguay.

Kemenangan itu, mengukuhkan reputasi Perancis sebagai pencabar utama gelaran selepas mencatat empat kemenangan berturut-turut dengan 13 gol berjaya dihasilkan setakat ini.

Pada aksi itu, Mbappe meledak dua gol untuk menambah koleksi jaringannya di Piala Dunia 2026 kepada enam gol keseluruhan, manakala Bradley Barcola menyumbang satu lagi gol.

“Ia satu aksi yang luar biasa. Malangnya tidak masuk, tetapi penonton datang ke stadium untuk melihat perkara seperti itu.

“Dia (Olise) mempunyai sesuatu yang istimewa. Dia mampu melihat ruang yang tidak dilihat pemain lain. Kualiti seperti itulah yang menjadikan Perancis lebih berbahaya.

“Semua orang bercakap tentang gol, tetapi pemain seperti Olise mampu mengubah perlawanan dengan satu sentuhan atau satu hantaran. Dia antara pemain paling penting dalam pasukan ini,” kata Mbappe.

Olise yang lahir di London daripada bapa Nigeria dan ibu Franco-Algeria kurang fasih berbahasa Perancis, namun perkara itu tidak menjejaskan prestasinya.

“Saya lebih suka bercakap dengan kaki saya biarpun saya tidak fasih berbahasa Perancis,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN