Kerajaan sasar naikkan gaji, elak miskin selepas bersara 

Kerajaan sasar naikkan gaji, elak miskin selepas bersara 

LIEW CHIN TONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kenaikan gaji dilihat sebagai penyelesaian jangka panjang bagi menangani risiko kemiskinan dalam kalangan rakyat apabila memasuki usia persaraan.

Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong berkata, usaha meningkatkan pendapatan rakyat merupakan dasar utama kerajaan bagi memastikan mereka mempunyai kemampuan kewangan yang lebih kukuh apabila bersara.

“Daripada segi dasar kerangka Ekonomi MADANI, kerajaan berhasrat untuk meningkatkan gaji dan juga pendapatan rakyat. Ini adalah dasar yang besar.

“Kalau dalam tempoh 10 tahun akan datang rakyat mendapat gaji dan pendapatan yang lebih tinggi, maka isu ini boleh kita tangani dengan baik. Tetapi memang itu satu kerisauan yang kerajaan ambil tindakan untuk atasi,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Aminuddin Harun (PH-Port Dickson) yang meminta kerajaan menyatakan penilaian terkini terhadap risiko kemiskinan dalam kalangan rakyat apabila memasuki usia persaraan serta pelan intervensi bagi mengelakkan mereka menjadi golongan miskin baharu pada usia tua.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN