Kenderaan membawa bakal exco mula 'masuki' Istana Bukit Serene - Utusan Malaysia

Kenderaan membawa bakal exco mula ‘masuki’ Istana Bukit Serene

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Beberapa buah kenderaan dipercayai dinaiki bakal-bakal exco kerajaan negeri yang baharu dilihat mula memasuki pekarangan Istana Bukit Serene, di sini seawal pukul 9 pagi.

Antara yang dikenalpasti termasuklah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Johor, Lee Ting Han.

Beliau turut melambai kepada petugas media sebelum memasuki pekarangan istana.

“Baik, terima kasih semua,” katanya ringkas.

Majlis Istiadat Mengangkat Sumpah jawatan berkenaan dijadualkan berlangsung di hadapan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

Majlis itu turut dijadual dihadiri Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi; Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Dr. Rahim Ramli dan Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Mohammed Ridha Abd. Kadir.

Ahad lepas, Onn Hafiz yang juga ADUN Machap mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor bagi penggal kedua berturut-turut, selepas Barisan Nasional (BN) memenangi 48 daripada 56 kerusi DUN.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN