Forest City sambut baik cadangan wujudkan balai polis tetap demi kesejahteraan awam - Utusan Malaysia

Forest City sambut baik cadangan wujudkan balai polis tetap demi kesejahteraan awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Forest City akan bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan tempatan dalam usaha memastikan kawasan pembangunan hartanah tersebut terus mengekalkan kedaulatan undang-undang demi memastikan keselamatan awam kekal terpelihara.

Sehubungan itu, Forest City dalam kenyataan memberitahu, pihaknya menyambut baik cadangan mewujudkan sebuah balai polis tetap di Polis Diraja Malaysia (PDRM) kawasan pembangunan itu.

Katanya, pihaknya akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dan menyokong senja langkah diambil demi memelihara keselamatan, keamanan serta kesejahteraan komuniti.

“Seiring dengan pembangunan Forest City sebagai bandar antarabangsa bebas cukai baharu di rantau ini, syarikat berpandangan bahawa usaha memperkukuh polis komuniti secara berterusan wajar diberi perhatian.

“Sehubungan itu, Forest City menyambut baik cadangan penubuhan kehadiran tetap Polis Diraja Malaysia di kawasan ini dan bersedia memberikan kerjasama serta sokongan penuh bagi menjayakan inisiatif tersebut,” menurut kenyataan itu.

Tambahnya, kewujudan balai polis tetap di Forest City mampu memperkukuh usaha pencegahan jenayah, meningkatkan keupayaan tindak balas serta menyediakan akses lebih mudah kepada perkhidmatan kepolisan untuk penduduk, komuniti perniagaan dan pengunjung.

“Langkah tersebut secara tidak langsung akan meningkatkan keyakinan awam serta menyokong pertumbuhan berterusan Forest City sebagai sebuah bandar yang selamat dan berdaya saing.

“Forest City akan terus memperkukuh kerjasama dengan kerajaan dan semua agensi penguatkuasaan berkaitan dalam usaha menegakkan kedaulatan undang-undang serta mempertingkatkan tahap keselamatan awam,” katanya.

Semalam, Ketua Polis Johor, Datuk Ab. Rahaman Arsad dilaporkan berkata, pihaknya menahan seramai 335 individu yang menjadikan 27 unit apartment dan lima unit banglo di kawasan berkenaan sebagai ‘calling centre’ bagi aktiviti sindiket penipuan atas talian.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN