Argentina menderita sebelum ke separuh akhir

Argentina menderita sebelum ke separuh akhir

PENYERANG Argentina, Julian Alvarez (tengah) meraikan jaringan pada aksi suku akhir Piala Dunia menentang Switzerland di Kansas City, semalam-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANSAS CITY: Argentina sekali lagi dipaksa bekerja keras sebelum menundukkan Switzerland 3-1 selepas masa tambahan, sekali gus meneruskan misi mempertahankan kejuaraan Piala Dunia dan menempah pertemuan panas menentang England di separuh akhir.

Juara bertahan itu terlebih dahulu dihadiahkan gol pembukaan menerusi Alexis Mac Allister hasil umpanan Lionel Messi, namun Switzerland bangkit menyamakan kedudukan sebelum kehilangan Breel Embolo akibat kad merah pada babak kedua.

Kelebihan seorang pemain akhirnya dimanfaatkan Argentina apabila Julian Alvarez meledak jaringan kemenangan pada minit ke-112 sebelum Lautaro Martinez melengkapkan kemenangan dramatik pada penghujung permainan.

Jurulatih Argentina, Lionel Scaloni mengakui anak buahnya terpaksa melalui detik sukar sepanjang perlawanan kerana Switzerland memberikan tentangan fizikal yang menyukarkan corak permainan pasukannya.

“Kami terpaksa banyak menderita kerana kami tahu mereka adalah pasukan yang sangat fizikal dan memberi banyak masalah kepada kami.

“Ada ketika kami langsung tidak menemui jalan penyelesaian, tetapi hari ini nasib menyebelahi kami selepas mereka kehilangan seorang pemain,” katanya.

Kemenangan itu menyaksikan Argentina melanjutkan rekod tanpa kalah kepada 12 perlawanan berturut-turut di pentas Piala Dunia selain terus menghidupkan impian muncul pasukan pertama mempertahankan gelaran sejak Brazil melakukannya pada 1962.

Cabaran lebih getir kini menanti Messi dan rakan sepasukan apabila bakal berdepan England dalam aksi separuh akhir yang dijangka menghidupkan semula antara perseteruan paling bersejarah dalam bola sepak dunia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN