Aksi sukar matangkan Argentina

Aksi sukar matangkan Argentina

JULIAN Alvarez-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANSAS CITY: Penyerang Argentina, Julian Alvarez mengakui aksi sukar di peringkat kalah mati telah mematangkan juara bertahan itu di Piala Dunia 2026.

Semalam, Argentina  terpaksa mengharungi satu lagi perlawanan penuh derita sebelum menewaskan Switzerland 3-1 selepas masa tambahan untuk mara ke separuh akhir.

Alvarez muncul wira Argentina apabila meledak gol kedua pada minit ke-112 menerusi rembatan lencong menarik bagi memadam kebangkitan Switzerland yang beraksi dengan 10 pemain.

“Kami tahu dalam kejohanan seperti ini kami perlu belajar menanggung derita kerana setiap perlawanan menjadi semakin sukar.

“Semua lawan yang kami hadapi bermain dengan sangat baik dan sudah tentu masih ada beberapa perkara yang perlu kami perbaiki, tetapi itulah cabaran sebenar di Piala Dunia,” katanya.

Switzerland bertahan dengan cukup kental walaupun kehilangan Breel Embolo yang dilayangkan kad kuning kedua selepas didapati melakukan simulasi pada babak kedua.

Lautaro Martinez kemudian melengkapkan kemenangan Argentina menerusi jaringan pada penghujung masa tambahan sekali gus memastikan juara dunia tiga kali itu terus menghidupkan impian mempertahankan kejuaraan.

Kemenangan tersebut hadir selepas Argentina terlebih dahulu mengharungi dua aksi getir apabila memerlukan masa tambahan untuk menewaskan Cape Verde 3-2 sebelum bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk mengatasi Mesir dengan keputusan sama.

Argentina bakal berdepan England pada aksi separuh akhir di Atlanta, Khamis ini, manakala pemenang perlawanan itu akan bertemu sama ada Perancis atau Sepanyol pada pentas final. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN