Skuad remaja benam Macau 2-0 di Kejohanan Asia

Skuad remaja benam Macau 2-0 di Kejohanan Asia

AKSI beregu campuran, Ahmad Redzuan-Low Zi Yu pada pada Kejohanan Badminton Remaja Berpasukan Campuran Asia di Yatsushiro, Jepun, hari ini. - IHSAN BAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad remaja negara bermula dengan langkah kanan selepas membenam Macau 2-0 dalam aksi sulung Kumpulan D pada Kejohanan Badminton Remaja Berpasukan Campuran Asia di Yatsushiro, Jepun, hari ini.

Dalam set pertama Malaysia mudah mendahului Macau 1-0 selepas kesemua wakil negara melepasi halangan masing-masing di Yatsushiro City General Gymnasium.

Malaysia yang membuka aksi menerusi beregu lelaki, Isyaraf Hafizin-Ahmad Redzuan tidak berdepan masalah menewaskan Chio Chi Seng-Ou Ko Hou 11-3.

Rentak kemenangan itu diteruskan perseorangan perempuan, Lee Mun yang mengalahkan Ung Cheok Ian 22-12, manakala, beregu campuran, Ahmad Redzuan-Low Zi Yu mengetepikan Lei Lok Him-Ian Chi Cheng 33-14.

Dalam saingan beregu perempuan, Zi Yu yang diturunkan sekali lagi untuk berpasangan dengan Genevie Lim mudah menundukkan Chi Cheng-Cheok Ian 44-15.

Perseorangan lelaki, Kong Wei Xiang memastikan mata pertama menjadi milik Malaysia selepas dia membenam wakil Macau, Ka Hao 55-16.

Untuk set kedua pula, skuad remaja kebangsaan terus mendominasi perlawanan yang dilangsungkan secara bergilir-gilir dengan format 11 mata.

Damien Ling-Irfan Muhammad Shazmir yang menjadi pertaruhan negara untuk beregu lelaki menyingkirkan Chi Seng-Ka Hao 11-6.

Kemenangan itu diteruskan pemain perseorangan perempuan, Carine Tee yang menumpaskan Cheok Ian 22-11.

Dalam aksi beregu campuran pula, Irfan-Genevie menewaskan Lei Lok Him-Chi Cheng 33-14, manakala, untuk gandingan perempuan, Tan Xin Yu-Teh Si Yan mengetepikan Chi Cheng-Cheok Ian 44-24.

Perseorangan lelaki, Tiew Wei Jie menutup aksi Malaysia dengan kemenangan 2-0 apabila menewaskan Ka Hao 55-31.

Malaysia yang diundi dalam Kumpulan D, selepas ini bakal berdepan Korea Selatan dan Indonesia bagi memburu slot ke suku akhir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN