PRN Johor: Bersama umum tanding 15 kerusi DUN - Utusan Malaysia

PRN Johor: Bersama umum tanding 15 kerusi DUN

RAFIZI Ramli semasa ditemui pemberita selepas ceramah Jelajah Kancil Negeri Kelantan di Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu, Kelantan. - UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Parti Bersama Malaysia (Bersama) mengumumkan untuk bertanding di 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.

Pemimpinnya, Datuk Seri Rafizi Ramli dalam satu kenyataan memberitahu, kerusi-kerusi berkenaan dipilih berdasarkan beberapa faktor penilaian yang dibuat pihaknya, termasuklah penerimaan penduduk setempat terhadap parti berkenaan.

“Antara lain termasuklah kesesuaian calon-calon daripada kalangan perintis Bersama di Johor dan juga kemampuan parti menjalankan kempen pilihan raya secera berkesan di kawasan-kawasan terlibat.

“Nama-nama calon akan diumumkan Jumaat ini di Johor Bahru, lokasi akan dimaklumkan kelak,” katanya menerusi satu kenyataan bersama dengan Nik Nazmi Nik Ahmad.

Kerusi yang akan ditandingi Bersama adalah DUN Bukit Naning, Mahkota, Tiram, Puteri Wangsa, Johor Jaya, Permas, Larkin, Stulang, Perling, Kempas, Skudai, Kota Iskandar, Bukit Permai, Bukit Batu dan Senai.

Tambah Rafizi, Bersama berhasrat merintis kempen pilihan raya moden yang tidak memerlukan perbelanjaan besar sebaliknya dengan mengaktifkan ahli dan penyokong secara sukarela.

“PRN Johor ini bukan sahaja medan berebut kerusi dan pangkat untuk orang-orang politik. la peluang merintis budaya politik yang lebih berfokus kepada penyelesaian masalah rakyat dan masa depan negara dan rakyat,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN