Messi kini penjaring terbanyak Piala Dunia

Messi kini penjaring terbanyak Piala Dunia

MESSI meraikan gol keduanya ketika membantu Argentina menewaskan Austria 2-0 sekali gus memecahkan rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Piala Dunia dengan 18 gol pada aksi Kumpulan J di Stadium Dallas, Arlington awal pagi tadi. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARLINGTON: Lionel Messi mengukuhkan statusnya sebagai legenda teragung bola sepak apabila muncul penjaring terbanyak sepanjang zaman Piala Dunia selepas meledak dua gol ketika Argentina menewaskan Austria 2-0 untuk mengesahkan tempat ke pusingan 32 terbaik awal pagi tadi.

Kapten Argentina berusia 39 tahun itu memadam rekod milik bekas penyerang Jerman, Miroslav Klose apabila menjaringkan gol ke-17 dan ke-18 sepanjang kariernya di pentas Piala Dunia.

Kemenangan kedua berturut-turut itu turut meletakkan juara bertahan berkenaan semakin hampir untuk menamatkan saingan selaku juara Kumpulan J.

“Sudah tentu saya sangat gembira dengan kemenangan ini kerana ia amat penting dalam perlawanan yang sukar dan sengit untuk kami.

“Perlawanan berlangsung seimbang dan penuh intensiti tetapi kami berjaya mendapatkan enam mata yang memberikan ketenangan untuk menghadapi cabaran seterusnya,” kata Messi.

Messi yang terlebih dahulu mensia-siakan sepakan penalti pada awal permainan akhirnya memecahkan kebuntuan pada minit ke-38 sebelum melengkapkan malam bersejarahnya dengan gol kedua pada masa kecederaan.

Penyerang Manchester City, Julian Alvarez pula menyifatkan tiada lagi kata-kata yang mampu menggambarkan kehebatan Messi selepas lebih dua dekad menguasai arena bola sepak dunia.

KOMBINASI gambar menunjukkan detik-detik jaringan Lionel Messi di pentas Piala Dunia sejak edisi 2006 hingga 2026 yang akhirnya menyaksikan legenda Argentina itu mencipta sejarah sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman kejohanan dengan 18 gol selepas meledak dua jaringan ketika menewaskan Austria 2-0 di Arlington, Texas awal pagi tadi. – AFP

Dengan koleksi 18 gol Piala Dunia, Messi kini meninggalkan Klose (16 gol), Ronaldo dari Brazil (15) serta Kylian Mbappe dan Gerd Mueller yang berkongsi 14 gol dalam senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman kejohanan itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN