AS-Iran setuju henti serangan, bertemu di Qatar

AS-Iran setuju henti serangan, bertemu di Qatar

KOR Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) menyasarkan kedudukan tentera AS di Teluk sebagai tindak balas serangan Washington ke atas negara itu.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Amerika Syarikat (AS) dan Iran bersetuju untuk menghentikan serangan antara satu sama lain serta akan mengadakan rundingan di Qatar pada Selasa bagi menyelesaikan pertikaian mengenai Selat Hormuz.

Menurut laporan media AS yang memetik pegawai kanan negara itu, persetujuan tersebut dicapai selepas kedua-dua pihak saling melancarkan serangan sejak beberapa hari lalu, walaupun memorandum persefahaman yang dimeterai pada 17 Jun bertujuan menamatkan konflik yang bermula pada penghujung Februari.

Di bawah memorandum itu, Teheran bersetuju menjamin laluan selamat kepada kapal dagang melalui Selat Hormuz, manakala Washington pula bersetuju menarik balik sekatan terhadap pelabuhan Iran.

“Kami memutuskan untuk menghentikan semua operasi ketenteraan,” kata seorang pegawai kanan AS kepada portal berita Axios.

Seorang lagi pegawai AS berkata, kedua-dua negara akan ‘berundur buat sementara waktu’ dan kapal kini boleh melalui Selat Hormuz dengan bebas sementara rundingan diteruskan.

Axios turut melaporkan dua pegawai AS dan satu lagi sumber yang mengetahui perkara itu mengesahkan pertemuan antara wakil Washington dan Teheran di Qatar pada Selasa.

CNN pula memetik seorang pegawai pentadbiran Presiden Donald Trump sebagai berkata, kedua-dua pihak bersetuju menghentikan tindakan ketenteraan buat sementara waktu dan akan meneruskan rundingan di Doha.

Sebelum ini, Trump mengulangi amaran AS akan mengambil tindakan ketenteraan sekiranya Iran meneruskan serangan.

Sabtu lalu, beliau berkata Iran ‘tidak lagi akan wujud’ jika Washington terpaksa menyambung semula peperangan.

Rumah Putih setakat ini belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung laporan berkenaan.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN