Tiga NGO lapor polis bimbang dana asing biayai parti Rafizi Ramli

Tiga NGO lapor polis bimbang dana asing biayai parti Rafizi Ramli

DAING Mohamad Daing Makati (tengah) ketika membuat laporan polis di IPD Ampang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Pembela Tanah Air (PETA), Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat (Pekemas) dan Yayasan Masih Ada Yang Sayang (MAYS) membuat laporan polis terkait dakwaan aliran dana asing yang melibatkan bekas timbalan presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli.

Pengerusi Yayasan Masih Ada Yang Sayang (MAYS), Daing Mohamad Daing Makati yang bertindak sebagai jurucakap kepada tiga NGO itu berkata, laporan tersebut dibuat susulan pengumuman Rafizi mengambil alih sebuah parti politik.

“Kita bimbang jika parti pimpinan Rafizi ini ditubuhkan dengan pembiayaan dana asing akan memberi ancaman yang tidak terduga dalam sistem politik negara kerana pastinya, kalau ada calon parti Rafizi yang menang dalam PRU16, ia akan terpengaruh dengan pemberi dana asing,” katanya hari ini.

Selain Daing Mohamad Daing Makati, turut hadir membuat laporan polis tersebut ialah Redzwan Abu Samah dari PETA dan Sharizan Ramli dari Pekemas yang membuat laporan polis di IPD Ampang.

Pada Jumaat, Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat (SekPur) membuat laporan polis berhubung video tular yang dikaitkan dengan Rafizi dengan dakwaan pengaliran dana asing melebihi RM1.5 juta daripada organisasi luar negara menerusi sebuah proksi tempatan.

Menurutnya, nama Rafizi didakwa sebagai individu yang didakwa menggunakan dana berkenaan.

“Dana tersebut didakwa digunakan untuk menggerakkan naratif radikal di media sosial dan demonstrasi jalanan atas nama demokrasi serta hak asasi manusia. Tindakan itu dipercayai mempunyai agenda tertentu,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Rafizi dan bekas Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad mengesahkan mengambil alih sebuah parti politik dikenali Parti Bersama Malaysia atau Malaysian United Party (MUP).

Simbolik penyerahan parti itu yang akan diterajui Rafizi dan Nik Nazmi selepas ini, dibuat pada majlis pengumuman hala tuju politik dua pemimpin itu di sini, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN