Tiga maut dalam insiden tembakan di masjid San Diego

Tiga maut dalam insiden tembakan di masjid San Diego

masjid
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAN DIEGO: Tiga orang terbunuh dalam satu kejadian tembakan di sebuah kompleks masjid di California, manakala dua suspek remaja lelaki kemudian ditemukan mati di dalam sebuah kereta akibat luka tembakan sendiri, menurut polis.

Pihak polis berkata, pasukan kecemasan menemukan mangsa di luar Pusat Islam San Diego, sebelum kemudian menemukan dua suspek berusia 19 dan 17 tahun yang turut disahkan meninggal dunia.

Rakaman televisyen dari helikopter menunjukkan pasukan bersenjata berkumpul di luar bangunan, dengan seorang individu tidak dikenali dilihat terbaring dalam keadaan berlumuran darah.

“Kami sedang menyiasat kes ini sebagai jenayah kebencian. Terdapat elemen retorik kebencian yang jelas terlibat,” kata Ketua Polis San Diego, Scott Wahl kepada media.

Pusat Islam itu disifatkan di laman webnya sebagai masjid terbesar di daerah San Diego di selatan California.

Selepas tempoh singkat perintah berkurung apabila penduduk diarahkan kekal di dalam rumah, polis mengumumkan ancaman di pusat berkenaan ‘dikawal’.

“Kami menerima panggilan mengenai penembak aktif di Pusat Islam itu. Dalam masa empat minit, pegawai tiba di lokasi dan menemui tiga mangsa maut di hadapan bangunan.

“Kami segera melaksanakan tindak balas penembak aktif ke dalam masjid dan sekolah berhampiran,” kata Wahl sambil menambah polis turut menerima laporan tembakan di kawasan berhampiran, di mana seorang pekerja landskap turut menjadi sasaran tetapi tidak terkena.

Beberapa blok dari pusat Islam itu, polis menemukan sebuah kenderaan di tengah jalan dengan kedua-dua suspek ditemui mati di dalamnya.

“Kedua-dua suspek pada tahap ini dipercayai mati akibat luka tembakan sendiri. Tiada pegawai polis yang melepaskan tembakan,” kata Ketua Polis San Diego, Scott Wahl.

Beliau berkata, seorang pengawal keselamatan di pusat Islam itu merupakan antara tiga mangsa yang terbunuh, dan tindakannya dipercayai membantu mengelakkan serangan yang lebih besar.

“Tindakannya adalah berani dan beliau sememangnya telah menyelamatkan banyak nyawa hari ini,” kata Wahl.

Identiti dua lagi mangsa maut setakat ini masih belum dikenal pasti.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN