Tiada lembu seludup, bekalan tempatan cukup

Tiada lembu seludup, bekalan tempatan cukup

BEKALAN lembu tempatan mencukupi untuk ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha di Jerantut, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Bekalan lembu dan kerbau tempatan di daerah ini mencukupi untuk sambutan Hari Raya Aidiladha sekali gus menafikan dakwaan kononnya terdapat lembu seludup dari Thailand dibawa masuk bagi tujuan ibadah korban.

Seorang pembekal ternakan di Kampung Sungai Putat, Mohd. Faiz Manan, 40, berkata, sebanyak 89 ekor kerbau dan 58 ekor lembu sudah dihantar kepada penjual daging, pelanggan serta pengurusan masjid di sekitar Jerantut dan beberapa daerah lain di negeri ini.

“Semua ternakan ini diperoleh daripada penternak tempatan di kampung sekitar daerah ini, bukan daripada orang tengah atau pembekal luar negara. Sejak minggu lalu, saya sudah menghantar ternakan yang ditempah oleh pelanggan termasuk pengurusan masjid.

“Harga jualan ternakan untuk majlis korban masih kekal antara RM3,000 hingga RM6,000 seekor seperti tahun-tahun sebelumnya, walaupun berdepan kenaikan harga diesel,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Sementara itu, seorang lagi pembekal di Kampung Mat Daling, Wan Rokman Wan Ngah, 59, berkata, hampir 60 ekor daripada 200 ekor kerbau diternaknya ditempah dan dihantar kepada pembeli sempena Hari Raya Aidiladha.

“Saya sudah lebih 10 tahun menjadi pembekal ternakan dan semua bekalan diperoleh daripada penternak di kawasan Ulu Tembeling,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN