Murid prasekolah meriahkan Sukan Tahunan SK PPPTR

Murid prasekolah meriahkan Sukan Tahunan SK PPPTR

KU Aznita Ku Abdullah (belakang, tengah) bersama guru dan murid prasekolah ketika menyertai acara perarakan sukan tahunan di Sekolah Kebangsaan (SK) Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak (PPPTR) Tekam, Jerantut, Pahang baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUKAN Tahunan Sekolah Kebangsaan (SK) Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak (PPPTR) Tekam, Jerantut, Pahang meriah apabila seramai 22 orang murid prasekolah turut menyertai pelbagai acara baru-baru ini.

Guru kelas prasekolah, Ku Aznita Ku Abdullah, 39, berkata, setiap tahun ketika program itu, murid prasekolah tidak melepaskan peluang menyertai acara berkenaan dan memperoleh hadiah dalam kalangan pemenang.

“Program sukan merupakan sebahagian aktiviti kokurikulum bertujuan mengasah bakat masing-masing dalam acara tertentu serta pada masa yang sama, dapat membina keyakinan diri murid berkenaan.

“Kebanyakan murid prasekolah sangat berbakat dan cukup bersemangat malahan amat ceria apabila bertanding termasuk rakan gembira memberikan sokongan,” katanya di SK PPPTR Tekam, Jerantut baru-baru ini.

Menurut Ku Aznita, semasa acara perarakan kejohanan menerusi hasil kreatif guru kelas masing-masing juga menyediakan pelbagai hiasan berwarna-warni rumah dan pakaian sukan untuk tarikan tetamu dan ibu bapa yang hadir menonton.

Katanya, acara sukaneka yang disediakan untuk murid prasekolah, iaitu lompat sambil kepit bola, cawan menara, lari dalam guni dan tarik bola guna gelung, sementara acara padang pula melibatkan acara lumba lari 4 x 50 meter (campuran), 50 meter lelaki dan perempuan.

Sementara itu, Penolong Kanan Pentadbiran sekolah, Mohd Jusni Yusof berkata, penyertaan murid prasekolah semasa sukan tahunan boleh membina sahsiah, iaitu disiplin diri dan semangat ingin bersaing setiap acara yang mereka sertai.

Ujarnya, sebelum kejohanan murid berkenaan termasuk Tahap Satu dan Tahap Dua juga menjalani latihan perarakan rumah sukan dan acara yang mereka sertai supaya berjalan lancar, menepati waktu sekali gus membantu kemeriahan sukan itu. _UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN