Pemandu van dipercayai langgar Nur Aini Umairah direman tiga hari

Pemandu van dipercayai langgar Nur Aini Umairah direman tiga hari

SUSPEK dibawa menggunakan kereta polis untuk permohonan reman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Pemandu van warga emas yang disyaki melanggar Allahyarham Nur Aini Umairah Mohd. Fareez, 8, sehingga maut di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Maimon, Parit Sulong di sini semalam, direman tiga hari.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, perintah reman terhadap suspek berusia 60 tahun itu dikeluarkan Majistret Nurasidah A. Rahman.

“Lelaki itu direman bermula hari ini hingga Jumaat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini, Shahrulanuar Mushaddat berkata, kenderaan dipandu suspek melanggar mangsa yang berada di laluan hadapan pintu pagar.

“Akibat perlanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta organ dalaman dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas perubatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN