Johor akan warta lebih 500 petak parkir, elak monopoli pekerja Malaysia di Singapura

Johor akan warta lebih 500 petak parkir, elak monopoli pekerja Malaysia di Singapura

Mohd. Jafni Md. Shukor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan negeri akan mewartakan lebih 500 petak parkir percuma khususnya melibatkan kawasan komersil yang dimonopoli segelintir rakyat tempatan untuk pergi bekerja di Singapura setiap hari.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd. Jafni Md. Shukor berkata, langkah itu merupakan antara usaha diambil untuk menangani isu tersebut yang telah berlarutan sejak beberapa tahun lalu.

“Isu parkir ini telah beberapa kali dibangkitkan, ada kawasan dimana golongan berkenaan meletakkan kenderaan sehingga 14 atau 16 jam sehari untuk bekerja di Singapura, termasuklah di kawasan yang tidak dikenakan sebarang caj.

“Oleh itu, kerajaan negeri sedang berusaha mewartakan beberapa kawasan parkir di sekitar Johor Bahru, Pasir Gudang, Kulai dan Iskandar Puteri yang berdepan isu ini. Sekiranya mereka parkir lebih daripada dua atau tiga jam, mungkin ada kaedah pembayaran lain,” katanya dalam sidang akhbar di pekarangan Sidang DUN Johor, di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Tambah Mohd. Jafni, perkara itu mungkin dapat dilaksanakan pada suku ketiga tahun ini kerana usaha tersebut memerlukan kelulusan peringkat negeri sebelum boleh direalisasi di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Pada masa sama, kita juga akan selaraskan beberapa kawasan parkir tertentu yang sesuai untuk rakyat tempatan yang bekerja di Singapura meletakkan kenderaan mereka sebelum menaiki pengangkutan awam ke tempat kerja masing-masing.

“Perkara ini memerlukan kerjasama beberapa pihak selain PBT dan juga penyedia khidmat pengangkutan awam,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN