Forest diambang cipta sejarah baharu kelab

Forest diambang cipta sejarah baharu kelab

PENYERANG Nottingham Forest, Chris Wood jadi taruhan pasukannya untuk merobek gawang Aston Villa pada aksi separuh akhir kedua Liga Europa UEFA, awal pagi Jumaat ini.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pengendali Nottingham Forest, Vitor Pereira menggesa anak buahnya menamatkan musim penuh cabaran dengan pencapaian gemilang apabila berdepan Aston Villa pada aksi timbal balik separuh akhir Liga Europa UEFA, awal pagi Jumaat.

Forest membawa bekalan tipis 1-0 hasil kemenangan pada aksi pertama di City Ground, sekali gus membuka peluang cerah untuk mara ke final Eropah buat kali pertama dalam tempoh 46 tahun.

Kali terakhir kelab itu menikmati kegemilangan di pentas Eropah adalah pada era Brian Clough yang membimbing mereka menjulang Piala Eropah pada 1979 dan 1980, namun sejak itu Forest gagal kembali ke pentas akhir kejohanan utama benua tersebut.

Kelebihan satu gol itu diperoleh menerusi jaringan penalti Chris Wood minggu lalu, dan kemenangan di Villa Park bakal memastikan tiket ke final di Istanbul pada 20 Mei ini.

Jika berjaya, Forest akan menentang sama ada Braga atau Freiburg dalam usaha memburu trofi Eropah yang sudah lama dinanti.

Skuad Pereira hadir dengan keyakinan tinggi selepas menewaskan Chelsea 3-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), dan melebarkan jurang daripada zon penyingkiran dan melanjutkan rekod tanpa kalah kepada 10 perlawanan dalam semua kejohanan.

Walaupun melakukan lapan pertukaran dalam aksi tersebut, pemain simpanan tetap mempamerkan aksi cemerlang, membuktikan Forest ketika ini berada pada tahap terbaik.

“Saya kata kepada mereka bahawa anda adalah kumpulan istimewa kerana anda bekerja dengan empat pengurus berbeza, cara berfikir bola sepak yang berbeza, metodologi yang berbeza.

“Anda mengharungi musim yang sukar. Sekarang anda berada di saat yang menentukan segala-galanya. Kita boleh menamatkan musim dengan cara yang hebat,”kata Pereira.

Pereira berpeluang mencipta sejarah peribadi jika berjaya membawa Forest menjuarai Liga Europa dan kekal dalam EPL, namun beliau menegaskan pencapaiannya tidak boleh dibandingkan dengan legasi Clough yang kekal sebagai ikon kelab. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN