Casemiro ucap selamat tinggal kepada Man United

Casemiro ucap selamat tinggal kepada Man United

CASEMIRO mengangkat tangan kepada penyokong-penyokong Manchester United ketika menewaskan Nottingham Forest 3-2 di Old Trafford, semalam.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kemenangan 3-2 Manchester United ke atas Nottingham di Old Trafford turut menjadi detik penuh emosi apabila Casemiro menggunakan media sosial untuk mengucapkan selamat tinggal.

Pemain Brazil itu dijangka meninggalkan kelab sebaik kontraknya tamat dan diberikan penghormatan istimewa oleh penyokong United di Theatre of Dreams termasuk sepanduk khas bagi menghargai jasanya bersama kelab.

Selepas aksi terakhir yang sempurna di laman sendiri, pemain berusia 34 tahun itu memuat naik mesej perpisahan penuh emosi di Instagram.

“Ada tempat yang kita singgah dalam hidup… dan ada tempat yang menjadi sebahagian daripada diri kita.

“Manchester akan selamanya menjadi rumah saya. Kepada bandar ini, kelab dan setiap penyokong, ucapan terima kasih setulus hati daripada saya.

“Empat tahun lalu sangat sukar dilupakan, dipenuhi detik yang akan kekal bersama saya dan keluarga sepanjang hayat kami. Tidak cukup kata-kata untuk menggambarkan kegembiraan dan layanan mesra yang kami terima di sini.

“Terima kasih atas setiap sorakan, setiap kenangan dan kerana membuatkan kami berasa seperti di rumah sendiri sejak hari pertama. Selamanya Red Devil,” tulis Casemiro kepada Manchester United.

Sepanjang empat tahun bersama kelab, Casemiro melalui pelbagai detik turun naik namun kebanyakannya menyaksikan dia memberikan komitmen terbaik buat dirinya dan kelab.

Casemiro masih akan membuat satu lagi penampilan bersama United apabila berdepan Brighton & Hove Albion pada aksi terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Ia bakal menjadi detik terakhir penuh istimewa antara Casemiro dan penyokong sebelum dia meninggalkan kelab selepas kontraknya berakhir.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN