AS lanjut pengecualian sekatan minyak Russia selama 30 hari

AS lanjut pengecualian sekatan minyak Russia selama 30 hari

AS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) pada Isnin melanjutkan pengecualian sekatan selama 30 hari terhadap kargo minyak Russia yang sudah berada di laut, ketika harga tenaga global terus meningkat akibat perang Iran.

“Lesen am sementara selama 30 hari terbaharu itu akan memberi peluang kepada negara paling terdedah untuk mendapatkan akses sementara kepada minyak Russia yang sedang terperangkap di laut,” kata Setiausaha Perbendaharaan, Scott Bessent, dalam satu hantaran media sosial.

Pengumuman Isnin itu merupakan lanjutan kedua oleh pihak berkuasa AS terhadap langkah sementara berkenaan, yang bertujuan menangani kekurangan bekalan minyak akibat konflik AS-Israel dengan Iran.

Tindakan balas Iran pula menyasarkan sekutu serantau AS dan hampir menyekat Selat Hormuz, laluan yang lazimnya mengendalikan kira-kira satu perlima bekalan minyak dan gas dunia.

Harga minyak global meningkat sejak bermulanya perang itu, dengan pengguna di Amerika Syarikat turut terkesan apabila harga petrol meningkat lebih 50 peratus berbanding sebelum konflik bermula.

AS pertama kali mengeluarkan pengecualian sekatan terhadap kargo minyak Russia yang berada di laut pada Mac lalu.

Pengecualian baharu itu akan berkuat kuasa sehingga 12:01 pagi waktu Timur AS pada 17 Jun, menurut lesen am yang dikeluarkan oleh Jabatan Perbendaharaan.

Langkah tersebut sebelum ini pernah dikritik oleh Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, yang negaranya masih berperang dengan Russia sejak pencerobohan pada 2022.

Setiausaha Perbendaharaan, Scott Bessent berkata, lanjutan itu akan ‘memberi lebih fleksibiliti’ serta membantu menstabilkan pasaran minyak mentah fizikal dan memastikan minyak sampai kepada negara paling terdedah dari segi tenaga.

Seperti pengecualian sebelum ini, langkah itu tidak membenarkan sebarang transaksi yang melibatkan individu atau syarikat dari Iran, Korea Utara, Cuba serta wilayah Ukraine yang diduduki Russia, menurut Jabatan Perbendaharaan.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN