Arif-Roy King tempah slot separuh akhir Malaysia Masters

Arif-Roy King tempah slot separuh akhir Malaysia Masters

Arif Junaidi-Yap Roy King mara ke separuh akhir Malaysia Masters 2026 di Unifi Arena, Kuala Lumpur, hari ini. - UTUSAN/IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara, Arif Junaidi-Yap Roy King mara ke separuh akhir selepas mengetepikan gandingan Amerika Syarikat, Chen Zi Yi-Presley Smith pada peringkat lapan terbaik Kejohanan Badminton Malaysia Masters 2026 di Unifi Arena, Bukit Jalil, dekat sini, hari ini.

Pasangan No. 16 dunia itu mengambil masa selama 33 minit untuk menyingkirkan Zhi Yi-Smith yang merupakan beregu ke-27 dunia 21-15, 12-19 dalam masa 33 minit.

Kemenangan tersebut menyaksikan Arif-Roy King kini semakin melebarkan rekod pertemuan ke atas Zhi Yi-Smith kepada 3-0.

Pada separuh akhir, esok, beregu No. 4 Malaysia itu dijangka menghitung pertemuan sama ada pasangan No. 18 dunia, Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard dari Denmark atau gandingan Jepun yang menghuni ranking No. 8 dunia, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi.

Arif-Junaidi yang mengalami turun, naik prestasi sejak kali pertama mara ke separuh akhir Malaysia Masters, dua tahun lalu, mengharapkan dapat mencipta kejutan, esok.

Jika hasrat tersebut tercapai dan dua lagi beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani melangkah ke separuh akhir, peluang untuk melihat pertembungan dua wakil Malaysia di final mungkin menjadi kenyataan.

Edisi lalu, dalam sektor beregu lelaki, Aaron-Wooi Yik bertemu dengan Man Wei Chong-Tee Kai Wun di pentas akhir dan tahun ini, peluang tersebut masih terbuka untuk mengulangi pencapaian itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN