TikTok 'tutup' 1.7 juta akaun kanak-kanak Indonesia

TikTok ‘tutup’ 1.7 juta akaun kanak-kanak Indonesia

BEBERAPA kanak-kanak bermain permainan dalam talian menggunakan telefon pintar dan tablet di kawasan lorong di Jakarta.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: TikTok menyahaktifkan 1.7 juta akaun pengguna bawah umur di Indonesia sebagai langkah mematuhi peraturan perlindungan kanak-kanak dalam talian di negara itu.

Menteri Komunikasi dan Hal Ehwal Digital Indonesia, Meutya Hafid berkata, tindakan tersebut selaras dengan Peraturan Kerajaan No. 17 Tahun 2025 mengenai Tadbir Urus Sistem Elektronik bagi Perlindungan Kanak-Kanak (PP Tunas), yang berkuat kuasa pada 28 Mac dan mengehadkan akses media sosial untuk pengguna bawah 16 tahun.

Dalam sidang media di Jakarta pada Selasa, beliau memuji langkah TikTok yang menjadi platform pertama melaporkan jumlah akaun dinyahaktifkan, sambil menyifatkannya sebagai bukti komitmen berserta tindakan.

Dalam pertemuan antara TikTok dan kementerian itu kelmarin, platform tersebut memaklumkan 1.7 juta akaun pengguna bawah umur dinyahaktifkan setakat 28 April, dengan pelaksanaan PP Tunas dijangka diperluaskan pada masa akan datang.

Angka itu menunjukkan peningkatan ketara berbanding 10 April lalu, apabila jumlah akaun yang dinyahaktifkan berada pada 780,000.

Walaupun penyahaktifan itu turut menjejaskan sebahagian pengguna dewasa, menteri itu berharap orang ramai akan menyokong langkah kerajaan demi melindungi generasi masa depan negara.

TikTok memaklumkan, pengguna dewasa yang terjejas akibat penyahaktifan tersebut boleh mengemukakan rayuan untuk memulihkan akaun mereka secepat mungkin.

Selain melaporkan angka penyahaktifan, TikTok turut menyerahkan pelan tindakan pematuhan terperinci dan boleh diukur untuk pelaksanaan akan datang.

Syarikat itu juga menegaskan semula komitmennya untuk memperkukuh usaha memerangi jenayah siber di Indonesia, termasuk perjudian dalam talian.- ANTARA

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN