BANGKOK: Polis Thailand merampas 1.6 tan ketamin dan methamphetamine kristal yang disembunyikan di bawah kubis dalam ruang belakang sebuah trak pikap, dengan pemandunya ditahan atas tuduhan pengedaran dadah. Lelaki Thailand berusia 39 tahun itu ditahan hujung minggu lalu selepas berhenti di sebuah stesen minyak di wilayah Ayutthaya tengah, menurut polis. Pihak berkuasa menemukan 900 kilogram (kg) ketamin dan 700 kg methamphetamine kristal dalam bungkusan yang disorok di bawah guni sayur,…









