Seorang maut dihempap runtuhan akibat gempa bumi Maluku

Seorang maut dihempap runtuhan akibat gempa bumi Maluku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Sekurang-kurangnya seorang maut dalam gempa bumi kuat berukuran 7.4 skala Richter yang melanda Laut Maluku Utara berhampiran pulau Ternate, Indonesia, awal hari ini.

Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan gempa itu turut mencetuskan amaran tsunami kepada negara jiran di Asia Tenggara, dengan gempa susulan mencecah 5.0 skala Richter.

Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia (BMKG) memaklumkan, ombak tsunami setinggi 0.3 meter direkodkan di Halmahera dan 0.2 meter di Bitung.

Media tempatan melaporkan mangsa maut akibat dihempap runtuhan di kawasan Manado, selain beberapa bangunan mengalami kerosakan.

“Gegaran dirasai kuat di sekitar Manado… seorang maut dan seorang lagi mengalami kecederaan pada kaki,” kata pegawai, George Leo Mercy Randang.

Mangsa dilaporkan tertimbus di bawah runtuhan sebuah bangunan yang runtuh, katanya.

Kerajaan wilayah di beberapa bandar, termasuk Ternate dan Tidore yang terkenal sebagai Kepulauan Rempah, digesa bersiap sedia untuk kemungkinan pemindahan penduduk.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik yang berpangkalan di Hawaii memaklumkan, ombak tsunami berbahaya berkemungkinan berlaku dalam lingkungan 1,000 kilometer dari pusat gempa di sepanjang pantai Indonesia, Filipina dan Malaysia.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik memaklumkan ombak setinggi antara 0.3 hingga 1 meter melebihi paras air pasang berkemungkinan melanda beberapa kawasan pantai Indonesia.

Agensi itu turut memberi amaran mengenai risiko ombak kurang daripada 0.3 meter melebihi paras air pasang di pesisir Guam, Jepun, Malaysia, Papua New Guinea, Filipina dan Taiwan.

Agensi seismologi Filipina, Phivolcs, bagaimanapun menyatakan tiada ancaman tsunami yang merosakkan terhadap negara itu berdasarkan data terkini.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan melalui hantaran di Facebook tiada ancaman tsunami kepada Malaysia setakat ini dan pihaknya sedang memantau perkembangan semasa.

Jepun mungkin mengalami ombak setinggi sehingga 0.2 meter, namun tiada kerosakan dijangka berlaku, menurut Agensi Meteorologi Jepun, sambil memberi amaran tsunami berpotensi berlaku di Lautan Pasifik.

Seorang wartawan AFP di Manado, wilayah Sulawesi Utara, berkata gegaran mengejutkannya dan penduduk lain di bandar itu sehingga mereka bergegas keluar dari bangunan.

“Saya terus terjaga dan keluar dari rumah. Orang ramai segera berlari keluar. Terdapat sebuah sekolah dan pelajar turut bergegas keluar,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN