ARAU: Seorang petani ditemukan meninggal dunia dalam keadaan terbaring di tengah sawah berhampiran jalan utama menghala ke Kampung Banat di sini, hari ini. Mangsa, Prat Sit Enden Le, 58, dari Kampung Padang Petani, Jejawi, di sini, ditemukan penduduk setempat sekitar pukul 9.30 pagi. Ketua Polis Daerah Arau, Superintenden Ahmad Mohsin Md. Rodi berkata, laporan berhubung penemuan warga emas berkenaan dibuat oleh penduduk setempat. “Siasatan mendapati mangsa ditemukan dalam keadaan terbaring…










