Pearly-Thinaah, Letshanaa teruskan perjuangan di pusingan kedua BAC

Pearly-Thinaah, Letshanaa teruskan perjuangan di pusingan kedua BAC

Pearly-Thinaah mudah menewaskan beregu Taiwan, Yin Hui-Jhih Yun pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Asia di Ningbo, China, hari ini. - Ihsan BAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu wanita No. 2 dunia, Pearly Tan-M. Thinaah memenuhi jangkaan awal mara ke pusingan kedua selepas menewaskan pasangan Hong Kong, Fan Ka Yan-Yau Mau Ying di peringkat 32 terbaik pada Kejohanan Badminton Asia di Ningbo, China, hari ini.

Gandingan No. 1 negara itu mudah menyingkirkan beregu ke-50 dunia tersebut 21-14, 21-11 dalam masa 31 minit.

Pada peringkat seterusnya, esok, Pearly-Thinaah bakal melayan tentangan pencabar dari Taiwan, Hsu Yin Hui-Lin Jhih Yun dari Taiwan.

Kelebihan psikologi berpihak kepada Pearly-Thinaah ke atas Yin Hui-Jhih Yun yang menghuni ranking No. 12 dunia jika rekod pertemuan 2-0 diambil kira.

Turut mengikut jejak langkah Pearly-Thinaah adalah perseorangan wanita negara, K. Letshanaa yang membenam wakil India, Tanvi Sharma 21-19, 21-14 dalam masa 41 minit.

Kemenangan tersebut menyaksikan Letshanaa yang menghuni ranking ke-37 dunia berjaya membalas dendam kekalahannya di tangan pemain No. 34 dunia pada Terbuka Amerika Syarikat, tahun lalu bagi mengikat rekod pertemuan kini menjadi 1-1.

Esok di peringkat 16 terbaik, laluan yang lebih berliku menanti pemain wanita No. 1 Malaysia itu apabila dijadual berdepan pemain No. 19 dunia, Sim Yu Jin dari Korea Selatan.

Letshanaa pernah tewas sekali di tangan Yu Jin pada Terbuka Taiwan, tahun lepas dan pertemuan, esok memberi peluang kepada anak jati Selangor itu menebus kekecewaan tersebut.

Sementara itu, nasib berbeza menimpa seorang lagi perseorangan wanita Malaysia, Wong Ling Ching yang terpaksa akur kepada pemain No. 13 dunia, Pusarla V. Sindu dari India dalam pertarungan sengit 21-15, 11-21, 19-21 yang mengambil masa selama 1 jam 7 minit.

Turut terkandas di pusingan awal, beregu lelaki No. 16 dunia, Arif Junaidi-Yap Roy King yang tumpas kepada pasangan Taiwan, Lee Fang Chih-Lee Fang Jen 17-21, 21-17, 20-22 dalam masa 1 jam 16 minit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN