Pang Ron tinggalkan BAM

Pang Ron tinggalkan BAM

HALA tuju Pang Ron bukan sesuatu yang mengejutkan apabila sebelum ini timbul spekulasi mengenai kedudukannya susulan perancangan ketua jurulatih beregu campuran negara, Nova Widianto untuk merombak gandingan bersama Cheng Su Yin sekiranya prestasi tidak menunjukkan peningkatan. - IHSAN BAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu campuran negara, Hoo Pang Ron hari ini membuat keputusan meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bagi meneruskan kerjayanya sebagai pemain profesional.

Perkembangan itu disahkan sendiri oleh BAM menerusi satu kenyataan rasmi di laman Facebook hari ini yang turut memaklumkan pemain beregu wanita, Go Pei Kee juga tidak lagi bersama skuad kebangsaan.

Hakikatnya, hala tuju Pang Ron bukan sesuatu yang mengejutkan apabila sebelum ini timbul spekulasi mengenai kedudukannya susulan perancangan ketua jurulatih beregu campuran negara, Nova Widianto untuk merombak gandingan bersama Cheng Su Yin sekiranya prestasi tidak menunjukkan peningkatan.

“Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan Hoo Pang Ron dan Go Pei Kee telah meninggalkan pasukan kebangsaan. BAM merakamkan penghargaan atas segala jasa dan komitmen yang dicurahkan oleh kedua-dua pemain sepanjang bersama pasukan.

“Dalam masa sama, Jimmy Wong akan kembali menyertai skuad kebangsaan sebagai pemain beregu campuran dan bakal digandingkan bersama Cheng Su Yin, dengan tarikh melapor diri ditetapkan pada 15 April 2026,” kata BAM dalam kenyataan itu.

Dalam perkembangan sama, Pang Ron dijangka membentuk gandingan baharu bersama pemain berpengalaman, Lai Pei Jing yang sebelum ini pernah beraksi bersama Jimmy.

Mengikut kemas kini terkini Persekutuan Badminton Dunia (BWF), dua pasangan baharu iaitu Pang Ron-Pei Jing serta Jimmy-Su Yin dijadual membuat penampilan sulung pada Kejohanan Badminton Malaysia Masters yang berlangsung di Unifi Arena, Bukit Jalil dari 19 hingga 24 Mei ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN