MSN tepis dakwaan, Beasley kekal watak utama

MSN tepis dakwaan, Beasley kekal watak utama

John Beasley (dua dari kiri) bersama Datuk Azizulhasni Awang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Majlis Sukan Negara (MSN) menegaskan Pengarah Teknikal Program Berbasikal Trek Negara, John Beasley kekal menjadi watak utama dalam setiap perancangan program berbasikal trek negara.

Penjelasan itu dibuat susulan laporan media tempatan yang mendakwa MSN tidak membenarkan program pencarian bakat dilaksanakan di peringkat negeri.

“Satu fakta yang perlu ditegaskan ialah semua perancangan program berbasikal trek negara pada tahun ini dan beberapa tahun akan datang diputuskan menerusi perbincangan dan mesyuarat yang dihadiri oleh Beasley selaku Pengarah Teknikal Program Berbasikal Trek Negara.

“Mesyuarat Penyelarasan Sukan Berbasikal Program Pembangunan Sukan Olimpik 2028 telah diadakan pada 26 Februari 2026 lalu bagi membincangkan hala tuju program untuk tahun ini dan ianya dihadiri oleh Beasley serta wakil Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM),” kata MSN dalam kenyataan hari ini.

Dalam mesyuarat itu, antara keputusan utama ialah penyaluran geran bantuan kepada MSN melibatkan gaji jurulatih, elaun, penyertaan pertandingan dan bantuan latihan.

“Turut dipersetujui ialah inisiatif bagi memperkasakan kerjasama di antara jurulatih peringkat negeri dan kebangsaan demi mengenalpasti bakat-bakat muda berpotensi ke program utama MSN.

“Kem ini membabitkan peringkat umur 14 hingga 16 tahun dengan kuota dua atlet lelaki dan dua atlet wanita dari setiap negeri serta melibatkan penglibatan jurulatih negeri bagi memahami keperluan latihan di peringkat negeri,” katanya.

Selain itu, program pembangunan turut merangkumi beberapa inisiatif termasuk Kem Bakat Kebangsaan, Kem Spesifik dan Kem Tindik yang diketuai panel pakar bersama Beasley.

“Ketiga-tiga inisiatif ini membabitkan penggunaan ‘Wattbikes’ seperti yang dinyatakan oleh Beasley dan telah dipersetujui oleh beliau bersama semua pihak dalam mesyuarat.

“MSN sentiasa bersikap terbuka terhadap cadangan baharu buat memperkasakan program bakat berbasikal negara termasuk jika Beasley merasakan ada keperluan untuk membuat pengenalpastian bakat secara terus di peringkat negeri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN