PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, dunia menyaksikan ancaman untuk memusnahkan keseluruhan sebuah tamadun yang telah wujud selama ribuan tahun buat pertama kalinya dalam sejarah manusia. Malah beliau berkata, ancaman untuk memusnahkan sepenuhnya tamadun berusia 3,000 tahun disifatkan sebagai tindakan tidak bertamadun dan mencerminkan kualiti rendah pihak yang mengeluarkan kenyataan itu. Katanya, dalam sejarah peradaban manusia, sentiasa wujud budaya menghormati dan memelihara tamadun lama, bukan memusnahkannya.…










