Marquez bersara hujung musim 2026?

Marquez bersara hujung musim 2026?

Marc Marquez mengalami kecederaan bahu dan mungkin meninggalkan perlumbaan MotoGP tahun ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MILAN: Juara dunia MotoGP, Marc Marquez kini berdepan tempoh sukar dalam kariernya apabila dikatakan masih bergelut dengan kecederaan bahu yang lebih serius daripada jangkaan awal.

Prestasi terkini pelumba Sepanyol itu juga dilihat merosot dan tidak lagi berada pada tahap sebenar, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai masa depannya dalam saingan elit tersebut.

Keadaan menjadi lebih rumit selepas insiden kemalangan di Austin yang menyaksikan Marquez mengalami kecederaan pada lengan bawah, sekali gus mengehadkan keupayaannya untuk mengendalikan jentera pada tahap maksimum.

Dalam masa sama, dominasi yang pernah dipamerkan sebelum ini turut menjadikannya sasaran utama pelumba lain, sekali gus menambah tekanan dalam situasi yang sudah pun mencabar.

Situasi itu bagaimanapun tidak terlalu membimbangkan pasukan Ducati Lenovo yang dikatakan telah mempunyai pelan sandaran sekiranya Marquez memilih untuk mengundurkan diri.

Pelumba sensasi, Jorge Martin dilihat sebagai calon paling sesuai untuk menggalas peranan tersebut selepas dibawa masuk sebagai persediaan jangka panjang pasukan.

Penganalisis MotoGP, Jack Appleyard berkata, dia tidak menolak kemungkinan Marquez akan membuat keputusan mengejut untuk bersara seawal penghujung musim ini.

Menurutnya, faktor kecederaan berulang serta mentaliti juara Marquez yang hanya mahu bersaing untuk kemenangan boleh menjadi penentu kepada keputusan tersebut.

“Marquez bukan jenis pelumba yang berpuas hati berada di kelompok pertengahan. Jika dia tidak mampu berlumba pada tahap terbaik, kemungkinan untuk bersara itu tetap ada,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN