Liverpool belum menyerah kalah

Liverpool belum menyerah kalah

MOHAMED Salah hanya berada dibangku simpanan ketika Liverpool tumpas 0-2 kepada PSG, semalam.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Liverpool masih belum menyerah dan percaya mampu bangkit dalam aksi timbal balik suku akhir Liga Juara-Juara Eropah di Anfield depan.

Dalam aksi suku akhir pertama semalam, Liverpool tumpas 0-2 kepada Paris Saint-Germain (PSG), sekali gus menyaksikan tugas berat menanti anak buah Arne Slot.

Menurut Slot, aksi kedua adalah penentu nasib Liverpool dan pasukan akan memberikan segalanya untuk memadam defisit dua gol milik PSG.

“PSG lebih baik hari ini (semalam), tetapi kami tidak akan berputus asa. Kami masih ada peluang dalam aksi kedua nanti,” katanya selepas perlawanan.

Mengulas mengenai aksi pertama, Slot tanpa berselindung menyifatkan PSG sebagai pasukan lebih dominan, malah berpotensi menjaringkan lebih banyak gol dalam perlawanan itu.

PSG menguasai 70 peratus permainan serta mencatat 18 percubaan ke arah gol berbanding hanya tiga oleh Liverpool.

“PSG adalah pasukan yang jauh lebih baik hari ini dan boleh menjaringkan lebih daripada dua gol. Tetapi perkara positifnya, pemain Liverpool terus berjuang,” kata Slot.

Dua jaringan PSG hadir menerusi Désiré Doué yang dibantu gol terbias, sebelum Khvicha Kvaratskhelia menambah derita Liverpool pada babak kedua.

Dalam perlawanan itu, Slot membuat keputusan berani menurunkan Joe Gomez sebagai pertahanan tengah ketiga bersama Ibrahima Konaté dan Virgil van Dijk, sekali gus mengubah struktur permainan yang lebih defensif.

Beliau turut meninggalkan Mohamed Salah di bangku simpanan tanpa sebarang minit permainan, dengan alasan bintang Mesir itu perlu menjimatkan tenaga untuk perlawanan akan datang.

“Bahagian akhir perlawanan lebih kepada bertahan. Mo (Salah) mempunyai kualiti tinggi, tetapi lebih baik dia simpan tenaga untuk perlawanan seterusnya,” jelasnya.

Slot turut mengakui ancaman besar daripada dua bek sayap PSG, Achraf Hakimi dan Nuno Mendes, menjadi faktor utama perubahan taktikal tersebut.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN