KL City perlu waspada kualiti serangan JDT

KL City perlu waspada kualiti serangan JDT

Wan Jamak Wan Hassan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kuala Lumpur(KL) City FC perlu lebih berwaspada terhadap kekuatan jentera serangan Johor Darul Ta’zim FC menjelang pertembungan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2025/26 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur ,Cheras, esok.

Bekas pemain kebangsaan, Datuk Hassan Sani berkata, cabaran pasukan KL City kali ini bukan sesuatu yang mudah memandangkan JDT kini berada dalam kelas tersendiri dalam kancah bola sepak domestik.

“Bola sepak sekarang berbeza, ini bola sepak moden’. Main tempat sendiri pun tak semestinya menang,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Bekas pemain Kuala Lumpur itu juga menegaskan, aksi di laman sendiri perlu dimanfaatkan sebaik mungkin oleh KL City bagi membawa bekalan selesa sebelum aksi timbal balik di tempat lawan.

“Kalau boleh, di tempat sendiri mesti menang. Sekurang-kurangnya satu atau dua gol untuk bawa bekalan ke Johor,” jelasnya.

Mengulas kekuatan JDT, beliau tidak menafikan keampuhan pasukan itu yang memiliki barisan lengkap dari pertahanan hingga penyerang.

“Kalau nak dibandingkan di Malaysia, kita tahu JDT memang kuat. Barisan serangan mereka mantap,” ujarnya.

Dalam masa sama, beliau turut menekankan aspek disiplin dan kecergasan pemain, khususnya mengelakkan kecederaan menjelang perlawanan penting, selain menyifatkan momentum awal jaringan sebagai faktor penting dalam perlawanan berintensiti tinggi.

Hassan yang pernah menjulang Piala Malaysia pada tahun 1987 bersama skuad Kota itu melihat aksi di kedua-dua venue perlu dimanfaatkan sebaiknya oleh kedua-dua pasukan bagi merebut tiket ke final.

Skuad kendalian Risto Vidakovic bakal berdepan cabaran getir anak buah Xisco Munoz di Cheras esok sebelum bertandang ke Johor Bahru bagi aksi timbal balik pada 7 April ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN