Dua gol Dembele pastikan Liverpool tersingkir

Dua gol Dembele pastikan Liverpool tersingkir

PENYERANG PSG,Ousmane Dembele meledak dua gol ketika aksi timbal balik suku akhir Liga Juara-Juara Eropah menentang Liverpool di Anfield-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Ousmane Dembele muncul wira apabila meledak dua gol untuk membantu Paris Saint-Germain (PSG)  menundukkan Liverpool 2-0 pada aksi timbal balik suku akhir Liga Juara-Juara Eropah di Anfield, semalam.

Kemenangan itu sekaligus membawa PSG melangkah ke separuh akhir dengan agregat akhir 4-0.

Berbekalkan kelebihan dua gol daripada aksi pertama, PSG tetap berdepan tekanan hebat tuan rumah, terutama pada babak kedua yang menyaksikan Liverpool melancarkan 21 percubaan.

Namun, ketenangan dan disiplin tinggi skuad kendalian Luis Enrique menjadi kunci, sebelum Dembele memecah kebuntuan pada minit ke-72 dan menambah satu lagi gol pada masa kecederaan untuk menutup peluang kebangkitan The Reds.

“Ini suku akhir Liga Juara-Juara, di stadium seperti ini, memang sukar. Kami tahu kami perlu bertahan dan berjuang habis-habisan.

“Tiada perlawanan mudah dalam pertandingan ini. Jika mahu ke final, anda perlu sanggup menderita,” kata Dembele.

Kemenangan itu menyaksikan juara bertahan tersebut mara ke separuh akhir buat tahun ketiga berturut-turut sejak Enrique mengambil alih pada 2023.

Sementara itu, Enrique memuji kesungguhan anak buahnya yang berjaya mengharungi tekanan sengit di Anfield.

“Kami kawal permainan pada separuh masa pertama, sesuatu yang sukar dilakukan di sini. Separuh masa kedua memang mencabar, tetapi kami bertahan dengan baik dan menunggu peluang,” katanya.

Dalam perkembangan lain, PSG turut dibimbangi dengan kecederaan Nuno Mendes dan Desire Doue yang terpaksa dikeluarkan.-AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN