Bella Astillah, Syed Saddiq bakal berganding dalam telefilem UTV

Bella Astillah, Syed Saddiq bakal berganding dalam telefilem UTV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kuala Lumpur: Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah mendedahkan bakal bergandingan dengan tunangnya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam sebuah projek telefilem terbitan Usanita untuk platform UTV.

Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 32, berkata peluang tersebut amat dinanti-nantikan memandangkan ia merupakan kolaborasi sulungnya bersama syarikat berkenaan.

Menurutnya, perancangan projek itu sudah lama dipersetujui, namun masih menunggu penetapan tarikh rasmi penggambaran serta perkembangan lanjut mengenai jalan cerita.

“Ini kali pertama saya bekerjasama dengan Usanita. Saya memang teruja, tetapi buat masa ini kita masih belum ada tarikh dan perincian penuh. Jadi, belum boleh dikongsikan secara terperinci.

“Insya-Allah, kolaborasi ini sudah lama dirancang dan akhirnya bakal direalisasikan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Usanita, di sini.

Dalam pada itu, Bella memaklumkan beliau mengambil pendekatan berhati-hati dalam menyusun jadual bagi memastikan kelancaran proses penggambaran kelak.

“Saya masih menunggu tarikh yang sesuai kerana ada sedikit kekangan jadual. Saya tidak mahu menimbulkan kesulitan kepada pihak produksi di kemudian hari,” katanya.

Sementara itu, Syed Saddiq, 34, yang juga Ahli Parlimen Muar, menegaskan komitmennya tetap tertumpu kepada tanggungjawab sebagai wakil rakyat, namun bersedia memberi sokongan penuh kepada Bella.

“Saya kekal fokus di Parlimen. Dalam masa sama, saya akan menjadi pasangan yang sentiasa menyokong.

“Mungkin saya akan ‘diheret’ seperti Mike Myers yang perlu menari, tetapi apa pun saya akan cuba lakukan yang terbaik,” katanya berseloroh.

Dalam perkembangan sama, Presiden UTV merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Usanita, Datuk Adzliana Hasan berkata, pihaknya sudah lama merancang untuk menyatukan dua personaliti berpengaruh itu dalam satu naskhah.

Katanya, telefilem berkenaan dijangka memulakan penggambaran dalam masa terdekat dan diyakini mampu menarik perhatian penonton.

“Saya melihat ini sebagai satu naratif menarik kerana peminat mahu melihat bakat lakonan mereka di kaca televisyen, bukan sekadar di media sosial.

“Kami sudah lama mengintai peluang ini dan kini masa yang sesuai telah tiba. Bella juga akan menjadi antara wajah kolaborasi akan datang dan kami berharap Syed Saddiq turut terlibat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN