Barcelona kemuka aduan kepada UEFA

Barcelona kemuka aduan kepada UEFA

PENYERANG Barcelona, Marcus Rashford melepaskan rembatan ke arah gawang ketika aksi suku akhir pertama UEFA Champions League antara FC Barcelona dan Atletico Madrid di Camp Nou.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Barcelona mengemukakan aduan rasmi berhubung mutu pengadilan dalam kekalahan 0-2 di laman sendiri kepada Atletico Madrid pada aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara, kelmarin.

Pertikaian tertumpu kepada insiden awal babak kedua apabila Barca menuntut sepakan penalti selepas penjaga gol Atletico, Juan Musso dilihat menghidupkan semula permainan sebelum pertahanan, Marc Pubill mengutip bola dalam kotak penalti.

Pengadil, Istvan Kovacs membiarkan permainan diteruskan dan pasukan Video Bantuan Pengadil (VAR) tidak memanggilnya untuk semakan, sekali gus mencetuskan reaksi berang dari bangku simpanan Barcelona.

“Barcelona memaklumkan bahawa bahagian perundangan kelab sudah mengemukakan aduan kepada UEFA hari ini berhubung insiden dalam aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara menentang Atletico Madrid.

“Aduan itu tertumpu kepada satu tindakan khusus. Pada minit ke-54, selepas permainan dimulakan semula dengan betul, pemain lawan mengambil bola di dalam kawasan sendiri tanpa dikenakan penalti yang sepatutnya.

“Barcelona berpendapat keputusan ini, bersama kegagalan VAR untuk campur tangan, adalah satu kesilapan besar. 

“Sehubungan itu, kelab meminta siasatan dibuka, akses kepada komunikasi pengadil diberikan, dan jika berkenaan, pengiktirafan rasmi terhadap kesilapan serta tindakan susulan diambil,” menurut kenyataan rasmi kelab itu.

Tafsiran terhadap insiden seumpamanya sebelum ini berbeza-beza. Dalam suku akhir Liga Juara-Juara April 2024, pengadil tidak memberikan penalti kepada Bayern Munich selepas pertahanan Arsenal, Gabriel Magalhaes, menyentuh bola susulan situasi yang hampir sama membabitkan penjaga gol, David Raya.

Kemudian pada 2024, VAR campur tangan untuk memberikan penalti kepada Club Brugge dalam insiden hampir sama membabitkan penjaga gol, Emiliano Martinez dan pertahanan, Tyrone Mings bersama Aston Villa.- AGENSI.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN