IPOH: Masalah banjir kilat di laluan Tanjung Rambutan-Chemor dalam Parlimen Tambun berdekatan kawasan perumahan sekitar Kinding di sini sejak 10 tahun lalu bakal diselesaikan sepenuhnya menerusi peruntukan keseluruhan berjumlah kira-kira RM1.3 juta. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad berkata, peruntukkan tersebut akan digunakan untuk memperbaiki dan menaik taraf sistem perparitan termasuk longkang tanah yang sempit serta kerosakan pada laluan air di jalan utama. Menurutnya, selain…










