WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Donald Trump merancang tindakan tegas terhadap rangkaian yang didakwa membantu wanita hamil menipu dalam permohonan visa bagi mendapatkan kewarganegaraan Amerika Syarikat (AS) untuk bayi yang dilahirkan di negara itu. Dalam e-mel dalaman yang dihantar pada Khamis dan diteliti Reuters, Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam AS (ICE) mengarahkan pegawai penyiasat di seluruh negara memberi tumpuan kepada inisiatif baharu dikenali sebagai ‘Inisiatif Pelancongan Kelahiran’. Operasi itu bertujuan mengesan dan membanteras…










