LOS ANGELES: Bintang golf Amerika Syarikat (AS), Tiger Woods dijangka membuat kemunculan semula dalam aksi kompetitif apabila dia bakal beraksi dalam Liga TGL, beberapa minggu selepas menegaskan bahawa Masters pada April tidak ditolak daripada perancangannya.
Woods, 50, menjalani pembedahan penggantian cakera pada Oktober lalu, operasi terbaru selepas beberapa siri kecederaan dan pembedahan yang menghalangnya daripada bertanding di peringkat tertinggi sejak Terbuka British 2024.
Dalam perlawanan akhir TGL, Woods akan mewakili Jupiter Links berkata, liga simulator dalam ruangan itu yang menggabungkan teknologi moden dengan pemain daripada Jelajah PGA.
Woods telah memenangi lima gelaran Masters, dan terbaru adalah kemenangan epik pada 2019 yang menamatkan kemarau 11 tahun tanpa kejuaraan utama.
Dia mengalami kecederaan kaki yang teruk dalam kemalangan kereta pada 2021.
Bercakap bulan lalu, Woods tidak menolak kemungkinan untuk menyertai kejohanan itu. Beliau kini sudah beralih daripada latihan chipping dan putting kepada memukul sepenuhnya.
“Saya terus berusaha, cuba menjadi lebih kuat, meningkatkan daya tahan badan dan berusaha mencapai tahap di mana saya boleh bermain pada tahap tertinggi sekali lagi,” kata Woods. – AFP











