White kembali ke England

White kembali ke England

BEN White. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Selepas hampir empat tahun menyepi, pemain pertahanan, Ben White akhirnya kembali dipanggil menyertai skuad England, membuka lembaran baharu dalam karier antarabangsa.

Pemain Arsenal itu kali terakhir beraksi bersama England ketika aksi persahabatan menentang Ivory Coast pada Mac 2022.

White sebelum ini meninggalkan kem Piala Dunia 2022 di Qatar atas faktor peribadi sebelum tidak lagi tersedia untuk dipilih sepanjang era Gareth Southgate.

Kini, di bawah kendalian Thomas Tuchel, pemain berusia 28 tahun itu kembali berada dalam radar skuad kebangsaan.

Pemanggilan White dibuat selepas pemain Bayer Leverkusen, Jarell Quansah menarik diri akibat kecederaan.

Sepanjang karier antarabangsa, White hanya mengumpul empat penampilan namun dilihat mampu memberi pilihan tambahan di bahagian pertahanan England.

Dalam masa sama, ketiadaan Trent Alexander-Arnold terus mencuri perhatian apabila bintang Real Madrid itu sekali lagi tidak disenaraikan.

England dijadual berdepan Uruguay di Wembley sebelum menentang Jepun, dengan kemunculan semula White dijangka menjadi antara fokus utama skuad kali ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN