Verstappen enggan gadai nyawa dalam rali

Verstappen enggan gadai nyawa dalam rali

MAX Verstappen. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Juara dunia Formula Satu (F1) empat kali, Max Verstappen tidak akan mengikut jejak langkah bapanya, Jos Verstappen, untuk beralih ke sukan rali walaupun minatnya terhadap disiplin itu cukup mendalam.

Pelumba Red Bull berusia 28 tahun itu mengakui sukan permotoran mengalir dalam darah keluarganya, namun memilih untuk tidak mempertaruhkan keselamatan diri dalam perlumbaan yang dianggap berisiko tinggi itu.

Jos yang pernah beraksi dalam F1 dari 1994 hingga 2003 kini aktif sebagai pelumba persendirian dalam Kejuaraan Rali Eropah dan masih mampu mencabar kelompok lebih muda.

“Dia sudah berusia 53 tahun, hampir 54, dan berlumba dengan pelumba lewat 20-an serta awal 30-an, malah dalam beberapa kejuaraan dia berjaya menewaskan mereka.

“Dia memang sangat bagus dalam rali dan sukar ditewaskan, malah apabila kami menyewa litar kecil di lapangan terbang dan memandu bersama, saya terpaksa memerah sepenuhnya untuk menewaskannya, namun di pentas sebenar rali saya lihat sendiri betapa hebatnya dia,” kata Verstappen.

Bagaimanapun, Verstappen yang bergelar bapa tahun lalu mengakui risiko melanggar pokok atau objek statik di laluan rali menjadi faktor utama beliau menolak cabaran tersebut.

Menurutnya, kemalangan dalam F1 sekurang-kurangnya masih dilindungi penghadang keselamatan yang direka khas untuk menyerap hentakan berbanding rali yang lebih terdedah kepada risiko impak terus.

“Saya fikir rali memang menarik, tetapi jika saya melakukan kesilapan dan melanggar pokok, pokok itu tidak akan bergerak dan itu adalah had saya kerana ia risiko yang saya tidak sanggup ambil,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN